WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

NEYMAR POSITIF COVID-19

Neymar positif ujian COVID-19 selepas percutian akhir musim di Ibiza dengan Paris Saint-Germain (PSG)


Back To Sports Updates

LONDON: Neymar positif ujian COVID-19 selepas percutian akhir musim di Ibiza dengan Paris Saint-Germain (PSG) mengesahkan tiga pemain dijangkiti virus itu.

Juara Ligue 1 dan finalis Liga Juara-Juara itu tidak menamakan pemain terbabit, namun Angel Di Maria, 32, dan Leandro Paredes, 26, dipercayai dua pemain lain yang diuji positif, seperti dilaporkan L'Equipe.

Selepas tewas di final Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich pada 23 Ogos lalu, ketiga-tiga pemain itu baru-baru ini menghabiskan masa bercuti di pulau Ibiza, Sepanyol.

"Tiga pemain PSG disahkan positif selepas ujian Sars CoV2 dan sudah menjalani protokol kesihatan yang sesuai, '' kata kelab itu di media sosial.

"Semua pemain dan kakitangan akan terus diuji dalam beberapa hari akan datang."

Sumber: Berita Harian
Foto AFP