WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

MESSI SETUJU TERIMA TAWARAN CITY BERNILAI RM3.46 BILION

Lionel Messi dilaporkan bersetuju dengan tawaran bernilai 623 juta pound (RM3.46 bilion) untuk menyertai Manchester City


Back To Sports Updates

LONDON: Lionel Messi dilaporkan bersetuju dengan tawaran bernilai 623 juta pound (RM3.46 bilion) untuk menyertai Manchester City.

Pemain 33 tahun itu dalam usaha berpindah keluar dari Barcelona selepas dia menyerahkan permohonan perpindahannya.

Menurut laporan media Inggeris, Messi mempersetujui terma-terma kewangan kontrak lima tahun yang mencecah nilai berkenaan.

Sekiranya termeterai, bintang Argentina itu akan menjadi individu dengan bayaran tertinggi dalam sejarah sukan.

Ia bersamaan RM78,776 sejam, RM1.89 juta sehari dan RM56.72 juta sebulan.

Messi dilaporkan akan menghabiskan tiga musim di Etihad sebelum menyertai kelab Major League Soccer New York City FC yang turut dimiliki City Football Group (CFG) untuk baki dua tahun kontraknya.

Malah Messi turut ditawarkan pegangan saham dalam CFG sebagai sebahagian daripada pakej perpindahan itu.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP