WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

ARTETA YAKIN AUBAMEYANG AKAN TANDATANGANI KONTRAK BAHARU

Perbincangan mengenai kontrak baharu pemain berusia 31 tahun itu sedang giat berjalan


Back To Sports Updates

Mikel Arteta percaya Arsenal semakin hampir menemui kesepakatan bersama Pierre-Emerick Aubameyang untuk menandatangani kontrak baharu.

Aubameyang, yang menjaringkan 29 gol dalam kesemua kejohanan buat Arsenal musim lalu, hanya memiliki baki kurang daripada setahun dalam kontraknya di Stadium Emirates.

Bagaimanapun, perbincangan mengenai kontrak baharu pemain berusia 31 tahun itu sedang giat berjalan dan Arteta -- yang pasukannya akan berdepan Liverpool dalam perebutan Perisai Komuniti hujung minggu ini -- yakin kesepakatan itu akan ditemui dalam masa terdekat.

"Saya masih positif. Kami mempunyai beberapa perbincangan yang amat baik bersamanya dan ejennya dan saya agak yakin bahawa kami akan menemui kesepakatan itu tidak lama lagi. Itulah perasaan saya," katanya dalam sidang media.

Arteta, yang juga semakin hampir untuk mendapatkan pertahanan Lille, Gabriel Magalhaes, ke dalam skuadnya, amat menyedari kehadiran kontrak baharu Aubameyang itu akan memberikan suntikan semangat buat kelab berkenaan.

"Itu sudah pasti, dan juga buat dirinya.

"Saya fikir dia sepatutnya berasa gembira kerana dapat berada di kelab ini untuk tempoh yang panjang.

"Saya fikir ramai yang akan gembira dengan perkembangan itu," tambahnya.

Sumber: AWANI
oleh Muzaffar Musa