WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

NEYMAR SEDIA KEKAL DI PSG

Aksi Neymar ketika separuh akhir Liga Juara-Juara menentang RB Leipzig di Stadium Luz di Lisbon


Back To Sports Updates

LISBON: Neymar tidak lagi berminat untuk kembali ke Barcelona, kata ejennya Wagner Ribeiro.

Ribeiro turut mendakwa peluang untuk bintang Barcelona, Lionel Messi menyertai Neymar di Paris Saint-Germain lebih besar berbanding bintang Brazil itu kembali ke Nou Camp.

Neymar dikaitkan dengan kepulangan ke Barcelona pada awal musim ini, tetapi selepas kemaraan PSG ke final Liga Juara-Juara, pemain 28 tahun itu berubah hati dan mahu kekal di Perancis untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi.

"Ada satu ketika yang dia amat sedih kerana kecederaannya. Pada masa itu dia sedia untuk meninggalkan kelab, kembali ke Barcelona atau ke Real Madrid.

"Tetapi tidak hari ini. Anda dapat lihat kegembiraannya. Apa alasan dia mahu meninggalkan PSG hari ini?

"Neymar gembira dan saya rasa dia akan kekal di PSG untuk sekurang-kurangnya dua tahun lagi.

"Hari ini, ia lebih mudah untuk Messi ke PSG berbanding Neymar kembali ke Barcelona. Messi dan Cristiano Ronaldo.

"Saya serius, anda tidak boleh meragui kuasa ekonomi Qatar," kata Ribeiro.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP