WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

MESSI TIDAK NAMPAK MASA DEPAN DI BARCA

Lionel Messi dilaporkan tidak gembiraa untuk terus kekal bersama Barcelona


Back To Sports Updates

MADRID: Lionel Messi dilaporkan memberitahu pengendali baharu Barcelona, Ronald Koeman yang dia tidak nampak masa depannya di kelab itu.

Messi berkata demikian dalam satu temu bual di radio Catalan bersama Koeman sehari selepas ketibaan pengendali dari Belanda itu.

Kontrak bintang Argentina itu hanya berbaki setahun dan dia dikatakan tidak berminat untuk terus kekal di Barcelona.

Kegagalan mempertahan gelaran La Liga, diikuti kekalahan memalukan di tangan Bayern Munich pada aksi suku akhir Liga Juara-Juara Eropah, menyaksikan pengendalinya Quique Setien dan pengarah bola sepak Eric Abidal dipecat.

Walaupun presiden Barca Josep Bartomeu menegaskan yang Messi akan terus bersama mereka, pemain itu menunjukkan sikap sebaliknya.

Manchester City antara kelab yang berminat menandatangani Messi di mana dia akan kembali bergabung dengan Pep Guardiola.

Namun finalis Liga Europa Inter Milan adalah kelab pilihan untuk menandatangani Messi sekiranya dia meninggalkan Barca.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP