WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

UNITED KALAH, SOLSKJAER SASAR BELI PEMAIN

Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mahu membeli pemain bagi menguatkan pasukan itu musim depan


Back To Sports Updates

COLOGNE, Jerman: Ole Gunnar Solskjaer mengakui Manchester United akan sibuk dalam beberapa minggu fasa perpindahan pemain selepas tewas separuh akhir Liga Europa manakala Sevilla mara selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 di Cologne.

United sudah mengesahkan kedudukan di Liga Juara-Juara musim depan dengan kedudukan ketiga Liga Perdana namun terlalu bergantung kepada sejumlah kecil pemain utama sekali lagi mendedahkan kelemahan itu apabila Solskjaer langsung tidak menukar pemain hingga tiga minit sebelum tamat.

Kempen baharu United di Liga Perdana kini akan bermula dalam tempoh kira-kira empat minggu dan perbincangan mengenai pembelian Jadon Sancho tidak menjadi apabila Borussia Dortmund menegaskan bahawa pemain antarabangsa England itu akan kekal di Jerman musim depan.

"Kami perlu menguatkan skuad, itu sudah tentu. Ia akan menjadi musim yang panjang," kata Solskjaer.

"Saya tidak boleh memberitahu bila atau jika perpindahan dapat dilakukan, tapi kami sedang melihatnya. Ia perubahan yang cepat. Kami mesti 100 peratus yakin apabila membuat pembelian ini."

Sevilla kini menang 25 daripada 26 perlawanan kalah mati Liga Europa dan percaya mereka boleh menang kejohanan itu buat kali keenam apabila berdepan Inter Milan atau Shakhtar Donetsk pada final awal pagi Sabtu depan.

"Ini adalah Manchester United terbaik sejak beberapa tahun dan pasukan dengan prestasi antara terbaik di England, jadi adalah normal kami akan menderita," kata bos Sevilla, Julen Lopetegui.

"Kami amat gembira ke final, tapi ia akan menjadi perlawanan paling sukar dan kami perlu bersedia."

Sumber: Berita Harian
Foto AFP