WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

WILLIAN MAHU SERTAI ARSENAL

Sayap Chelsea, Willian memberitahu rakan rapatnya bahawa dia menolak tawaran lumayan dari Inter Miami kerana mahu menyertai Arsenal


Back To Sports Updates

Sayap Chelsea, Willian memberitahu rakan rapatnya bahawa dia menolak tawaran lumayan dari Inter Miami kerana mahu menyertai Arsenal.

Pemain dari Brazil itu dijangka tamat kontrak di Stamford Bridge dan kelab itu sudah membuat tawaran tiga tahun yang dimahukannya.

Willian, 31, menerima beberapa tawaran dari kelab elit Eropah termasuk salah satu tawaran menarik daripada Inter Miami yang dimiliki David Beckham.

Bagaimanapun, menurut laporan Willian memberitahu rakan rapatnya dia menolak tawaran untuk berpindah ke Florida kerana mahu menyertai skuad Arsenal kendalian, Mikel Arteta.

Willian kini menetap di London dan tidak mahu tumpuan keluarganya terganggu dan memilih untuk kekal di negara itu.

The Gunners sudahpun menawarkan kontrak tiga tahun dengan gaji mingguan sekitar £120,000 (RM662,841) namun pemain Brazil itu meminta pilihan kontrak selama empat tahun.

Ejen Willian, Kia Joorabchian, mempunyai hubungan baik dengan The Gunners dan yakin dapat mencapai persetujuan menerusi perjanjian itu.

Arsenal juga dilaporkan berminat menandatangani pemain tengah Atletico Madrid, Thomas Partey.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP