WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

ELAK KE UNITED, VILLA TAWAR GREALISH GAJI LUMAYAN

Aston Villa dilaporkan sudah sedia untuk menaikkan gaji bintang mereka, Jack Grealish sehingga 100,000 pound


Back To Sports Updates

LONDON: Aston Villa dilaporkan sudah sedia untuk menaikkan gaji bintang mereka, Jack Grealish sehingga 100,000 pound (RM550,360) seminggu bagi memastikan beliau tidak berpindah ke Manchester United.

Pasukan berkenaan sebelum ini meminta sebanyak 80 juta pound (RM440.29 juta) bagi pemain perancang itu yang berjaya menjaringkan gol pada aksi terakhir musim ini untuk membantu kelab terbabit terselamat daripada penyingkiran.

Pemilik kelab, Nassef Sawiris dan Wes Edens tidak berhasrat untuk melepaskan pemain berkenaan pada musim panas ini.

Dan bagi mengesahkan hajat besar mereka itu ke atas pemain berkenaan yang ketika ini menerima gaji sebanyak 70,000 pound (RM385,250) seminggu, kelab turut menawarkan kontrak lumayan selama lima tahun.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP