WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

ARSENAL SEDIA IKAT WILLIAN TIGA TAHUN

Arsenal dilaporkan menawarkan kontrak tiga tahun kepada bintang Chelsea Willian


Back To Sports Updates

LONDON: Arsenal dilaporkan menawarkan kontrak tiga tahun kepada bintang Chelsea Willian.

Willian dilihat sedia meninggalkan Stamford Bridge selepas menolak tawaran dua tahun oleh kelabnya itu.

Pemain Brazil itu, yang akan menjadi ejen bebas, berkeras mahukan kontrak baharu untuk tempoh tiga tahun.

Namun skuad kendalian Frank Lampard keberatan untuk mengekalkan pemain 31 tahun itu sehingga tahun 2023.

Ada laporan mengatakan yang Willian akan menamatkan tempoh tujuh tahunnya bersama Chelsea selepas pertemuan Liga Juara-Juara dengan Bayern Munich.

Real Madrid dan Manchester United turut dikaitkan dengan Willian - yang akan mencecah usia 32 tahun minggu ini.

Sumber: Berita Harian