WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

BATUK BOLEH KENA KAD MERAH

Pemain Liga Perdana Inggeris akan dibuang padang jika batuk dengan sengaja di hadapan pemain


Back To Sports Updates

LONDON: Pemain Liga Perdana Inggeris akan dibuang padang jika batuk dengan sengaja di hadapan pemain lain dan berdepan tindakan polis di bawah peraturan baharu Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) berkenaan COVID-19.

FA menggariskan panduan baharu buat pegawai perlawanan dan akan berkuat kuasa serta merta.

Peraturan baharu itu menyatakan pengadil perlu melayangkan kad merah kepada pemain sekiranya jelas mereka batuk di hadapan pemain lain.

Perbuatan itu juga dilihat berpotensi untuk dakwaan jenayah oleh Crown Prosecution Service.

Batuk dengan sengaja dilihat sebagai perbuatan yang sama seperti serangan fizikal.

Atletico Madrid dipaksa untuk mengambil tindakan ke atas Diego Costa selepas dia batuk di hadapan wartawan pada Mac lalu.

Tindakan itu dilakukan selepas Atletico menyingkirkan Liverpool dari saingan Liga Juara-Juara di Anfield.

Di Manchester, empat individu dipenjara awal tahun ini kerana batuk di hadapan pekerja barisan hadapan dan mendakwa mereka menghidap COVID-19.

Bagaimanapun pengadil tidak bertanggungjawab untuk memastikan pemain mengamalkan penjarakan sosial ketika meraikan jaringan.

Mereka juga tidak boleh menghukum pemain kerana meludah - perbuatan yang sudah diharamkan di bawah protokol FA sebaik saingan bersambung Jun lalu.

Namun pengadil boleh mengingatkan pemain-pemain supaya tidak melakukannya.

Sumber: Berita Harian