WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

MAN UNITED LETAK SYARAT BELI SANCHO

Mancheser United semakin hampir untuk mendapatkan Jadon Sancho pada rekod pembelian 110 juta pound


Back To Sports Updates

MANCHESTER: Mancheser United semakin hampir untuk mendapatkan Jadon Sancho pada rekod pembelian 110 juta pound (RM607.23 juta).

Tetapi United tidak akan tunduk kepada tarikh akhir Isnin ini yang ditetapkan oleh Borussia Dortmund bagi menandatangani bintang Inggeris berusia 20 tahun itu.

Terdapat perkembangan terbaru dalam rundingan apabila Red Devils memaksa kelab Jerman itu menerima pembayaran berperingkat dengan bayaran pendahuluan 70 juta pound (RM386.49 juta).

United tidak akan memenuhi tuntutan Dortmund untuk membayar jumlah penuh bagi seorang pemain yang masih terlalu muda.

Yuran itu akan meningkat kepada rekod perpindahan Inggeris bergantung kepada pencapaian dan penampilan Sancho.

Kriteria utama untuk lonjakan itu ialah United perlu memenangi Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara.

Sancho akan menandatangani kontrak empat tahun dengan bayaran 220,000 pound (RM1.21 juta) seminggu, dengan pilihan lanjutan setahun lagi oleh kelab.

Pemain sayap itu, yang akan memakai jersi nombor tujuh United - kembali ke Manchester selepas tiga tahun meninggalkan Etihad.

Dortmund hanya membayar 10 juta pound (RM55.23 juta) kepada Manchester City pada Ogos 2017 untuk mendapatkan Sancho.

Sebelum ini jersi no 7 United dipakai oleh Alexis Sanchez, bintang yang tidak menjadi di Old Trafford dan United terdesak melepaskannya kepada Inter Milan pada harga 10 juta pound (RM55.23 juta).

Bekas penyerang Arsenal berusia 31 tahun itu dipinjamkan ke kelab Serie A berkenaan sepanjang musim lalu.

Sepanjang di Itali, United membayar dua pertiga daripada gajinya yang berjumlah 505,000 pound (RM2.79 juta) seminggu.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP