WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

RONALDO BELUM CUKUP HEBAT

Ketika akaun Twitter rasmi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mendakwa Cristiano Ronaldo satu-satunya pemain memenangi liga


Back To Sports Updates

TURIN, Itali: Ketika akaun Twitter rasmi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mendakwa Cristiano Ronaldo satu-satunya pemain memenangi liga di England, Sepanyol dan Itali, rakan sepasukan di Juventus Danilo tercengang.

Selepas Ronaldo menjaringkan gol dalam kemenangan 2-0 ke atas Sampdoria minggu lalu untuk mengesahkan Scudetto kesembilan berturut-turut Juventus, pegawai media sosial FIFA dengan pantas cuba berlagak pandai.

"10 gol dalam 10 perlawanan sejak @SerieA_EN disambung semula membantu @Cristiano menjadi juara liga di England, Sepanyol dan Itali," kata FIFA di laman Twitter.

Fakta itu masih tepat, tetapi kemudian mereka menyambung: "Tidak ada pemain pernah memenangi ketiga-tiga liga. Negaranya tidak penting apabila anda dari planet lain."

Ia fakta yang tidak tepat kerana Danilo melakukan perkara sama minggu lalu dan bek tengah Brazil itu menjawab dengan meletakkan emoji berfikir.

FIFA terus memadamkan ciapan asal mereka.

Danilo memenangi La Liga bersama Real Madrid pada musim 2016-17, kemudian dua gelaran Liga Perdana Inggeris berturut-turut bersama Manchester City pada musim 2017-18 dan 2018-19, sebelum memenangi Serie A bersama Juventus musim ini.

Malah Danilo turut memenangi dua gelaran Primeira Liga Portugal bersama Porto yang meletakkannya dalam kelompok elit yang menjuarai liga di empat negara atau lebih.

Berikut senarai pemain yang mempunyai rekod lebih tinggi berbanding Ronaldo.

Mateja Kezman - 5 (Yugoslavia, Belanda, England, Turki, Belarus)

Robinho - 5 (Brazil, Sepanyol, Itali, China, Turki)

Zlatan Ibrahimovic - 4 (Belanda, Itali, Sepanyol, Perancis)

Arjen Robben - 4 (Belanda, England, Sepanyol, Jerman)

Arturo Vidal - 4 (Chile, Itali, Jerman, Sepanyol)

Maxwell - 4 (Belanda, Itali, Sepanyol, Perancis)

Carlos Tevez - 4 (Argentina, Brazil, England, Itali)

David Beckham - 4 (England, Sepanyol, Amerika Syarikat, Perancis)

Rivaldo - 4 (Brazil, Sepanyol, Greece, Uzbekistan)

Deco - 4 (Portugal, Sepanyol, England, Brazil)

Mark van Bommel - 4 (Belanda, Sepanyol, Jerman, Itali)

Wesley Sneijder - 4 (Belanda, Sepanyol, Itali, Turki)

Sumber: Berita Harian
Foto AFP