WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

DEBARAN EROPAH TIGA KELAB EPL

Manchester United, Chelsea dan Leicester hanya mempunyai satu perlawanan berbaki untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara musim depan


Back To Sports Updates

LONDON: Manchester United, Chelsea dan Leicester hanya mempunyai satu perlawanan berbaki untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

Ketiga-tiga kelab bersaing merebut dua tempat terakhir ke saingan tertinggi Eropah itu - dan salah satu terpaksa bersaing di Liga Europa.

Dengan ketiga-tiga pasukan tercicir mata pada perlawanan sebelum ini, persaingan menjadi semakin sengit menjelang aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

United yang menghuni tangga ketiga - mengatasi Chelsea dengan perbezaan jaringan - akan bertandang ke laman Leicester.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer kini mendahului satu mata di depan anak buah Brendan Rodgers dan hanya perlu seri untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Sekiranya tewas, United masih boleh layak, dengan syarat Chelsea juga tewas menentang Wolves di laman sendiri.

Chelsea kendalian Frank Lampard juga memerlukan satu mata lagi untuk layak, tanpa mengira apa yang terjadi di Stadium King Power.

Jika tewas sekalipun, Chelsea masih boleh layak sekiranya United menewaskan Leicester.

Bagi Leicester pula, hanya kemenangan akan menjanjikan tempat ke Liga Juara-Juara.

Sekiranya seri, Leicester masih boleh layak dengan syarat Chelsea tewas kepada Wolves kerana The Foxes mempunyai perbezaan jaringan lebih tinggi.

Sumber: Berita Harian