WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

SOLSKJAER GESA REBUT PELUANG

Solskjaer menggesa bintang-bintang Manchester United kendaliannya memanfaatkan peluang terhidang untuk layak ke Liga Juara-Juara


Back To Sports Updates

MANCHESTER, United Kingdom: Ole Gunnar Solskjaer menggesa bintang-bintang Manchester United kendaliannya memanfaatkan peluang terhidang untuk layak ke Liga Juara-Juara selepas Mason Greenwood menyelamatkan pasukan untuk seri 1-1 menentang West Ham.

United ketinggalan hasil sepakan penalti Michail Antonio pada babak pertama perlawanan di Old Trafford.

Tetapi pemain remaja Greenwood menyamakan kedudukan di babak kedua untuk melonjak United ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris.

Mereka kini mengatasi Chelsea di tangga keempat menerusi perbezaan jaringan selepas skuad kendalian Frank Lampard tewas 5-3 di tangan Liverpool.

United akan menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas sekiranya mereka seri atau menang menentang pasukan di tangga kelima Leicester Ahad ini.

United berkelebihan satu mata ke atas Leicester menjelang pertemuan terakhir liga di Stadium King Power itu.

"Ketika saingan bersambung selepas perintah berkurung, kami tekad untuk bangkit. Kami buru perbezaan jaringan, kami buru mata.

"Usaha dilakukan amat menakjubkan dan keputusannya amat memberangsangkan.

"Ketika rehat separuh masa, kami sedar ia bukan keputusan yang kami inginkan. Kami bangkit dan membuka peluang untuk aksi Ahad ini," kata Solskjaer.

Anak buah Solskjaer kini belum tewas dalam 13 perlawanan dan akan mara ke Liga Juara-Juara sekiranya meneruskan rekod itu di Leicester.

Mereka juga berpeluang layak ke liga tertinggi Eropah itu dengan memenangi Liga Europa bulan depan.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP