WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

KEJAYAAN RANGKUL EPL TAK LUNTUR MOTIVASI LIVERPOOL

Pertahanan Liverpool, Andy Robertson berkata motivasi kelab tidak pernah berkurangan untuk menang trofi musim depan


Back To Sports Updates

LONDON: Pertahanan Liverpool, Andy Robertson berkata motivasi kelab tidak pernah berkurangan untuk menang trofi musim depan selepas menamatkan penantian 30 tahun untuk dimahkotakan selaku juara England.

Jurgen Klopp dan pemainnya akan menerima trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada perlawanan di laman sendiri berdepan Chelsea awal pagi Khamis ini, waktu Malaysia.

Robertson berkata kejayaan itu -- dicapai berbaki tujuh perlawanan -- tidak akan mengurangkan keinginan mereka untuk musim depan.

"Kami tidak mahu ia hanya sekadar sekali atau dua kali, kami mahu menjadikan ia normal," kata pemain antarabangsa Scotland itu kepada Produksi EPL.

"Kami mahukan perasaan menang itu setiap tahun dan kerana itu selepas menang Liga Juara-Juara (musim panas lalu) kami terus kekal bermotivasi untuk melakukannya dan menang EPL.

"Motivasi kami akan terus berada di sana sekali lagi untuk menang semua trofi yang ditawarkan kepada kami musim depan."

Pemain tengah Liverpool, James Milner mengakui mereka menanti lama untuk memenuhi sasaran apabila mereka menyertai kelab berkenaan.

Pemain berusia 34 tahun itu berhijrah ke Anfield menerusi perpindahan percuma pada 2015 selepas menang liga bersama Manchester City.

Sumber: Berita Harian
FOTO AFP