WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

DUA JARINGAN RONALDO LETAK JUVENTUS DIAMBANG KEJUARAAN

Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo bersaing dengan dua pertahanan Lazio, Francesco Acerbi (kiri) dan Bastos pada perlawanan Serie A, awal pagi tadi


Back To Sports Updates

TURIN: Cristiano Ronaldo membawa Juventus semakin menghampiri gelaran kesembilan berturut-turut Serie A sebentar tadi, selepas meledak dua gol ketika menang 2-1 mengatasi Lazio.

Juara bertahan itu menamatkan tiga perlawanan tanpa kemenangan hasil dua gol babak kedua Ronaldo yang membawa pasukan itu lapan mata berbanding kelab tempat kedua, Inter Milan berbaki empat perlawanan.

Skuad kendalian Maurizio Sarri akan menang gelaran jika menang awal pagi Jumaat ini waktu Malaysia berdepan Udinese atau pada Ahad ketika menanti kehadiran Sampdoria, bergantung kepada keputusan pencabar mereka minggu ini.

Harapan Lazio untuk gelaran pertama Serie A sejak 2000 tampak sudah berakhir kerana kekalahan itu menyebabkan mereka berada di tangga keempat, 11 mata berbanding pendahulu.

Ronaldo meledak gol pertama menerusi penalti selepas rehat dan kemudian menerima hantaran rakan sepasukan, Paulo Dybala tiga minit kemudian.

Pemain Portugal itu sudah menjaringkan 30 gol musim ini, sama dengan pemain Lazio, Ciro Immobile, yang menamatkan kemarau tiga perlawanan dengan penalti lewat.

Jaringan keduanya ialah gol ke-50 dalam Serie A.

Pemain berusia 35 tahun itu mahu menjadi pemain pertama bergelar penjaring terbanyak dalam tiga daripada lima liga utama Eropah selepas melakukannya di England serta Sepanyol.

Sumber: Berita Harian
FOTO AFP