WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

LAMPARD BERI PUJIAN MELAMBUNG

Frank Lampard memuji personaliti dan perwatakan pemain Chelsea selepas mereka berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA


Back To Sports Updates

Frank Lampard memuji personaliti dan perwatakan pemain Chelsea selepas mereka berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA dengan mengalahkan Manchester United 3-1.

Pasukan bimbingan Lampard memperoleh jaringan hasil kesilapan penjaga gol United, David De Ge namun Chelsea layak mencatat kemenangan berkenaan selepas mereka mendominasi perlawanan separuh akhir itu sejak dari awal hingga ke wisel penamat.

Olivier Giroud meledak gol pembukaan pada lewat separuh masa pertama dan Mason Mount menambah jaringan kedua selepas babak kedua bersambung.

Gol sendiri Harry Maguire mengesahkan kemenangan Chelsea sebelum sepakan penalti Bruno Fernandes tidak memberi sebarang makna buat United.

Selepas aksi goyah sejak kebelakangan ini termasuk ketika tumpas 0-3 kepada Sheffield United, Lampard ternyata berpuas hati dengan semangat yang dipamerkan anak buahnya ketika mengetepikan United di Wembley.

"Saya tidak boleh meminta lebih dari itu daripada pemain saya. Etika ketika bermain dan tahap persembahan mereka. Kami berada di kelas tersendiri dan ketika mereka menukar sistem kami menjadi lebih baik.

"Memang kita ada melakukan kesilapan seperti ketika menentang Sheffield namun tidak ketika berdepan United. Saya sangat berpuas hati dan sangat bangga.

"Banyak kerja yang kita lakukan dalam tempoh dua hari untuk mengubah sistem dan mereka berhak mendapat pujian melangit.

"Mereka harus menjadi bertambah yakin selepas perlawanan berkenaan. Kami mempunyai pemimpin, anda tidak boleh membandingkan perkara lain tapi kami mempunyai pemimpin dalam pasukan. Ia adalah persembahan yang mempamerkan perwatakan dan personaliti," kata Lampard.

Kemenangan Chelsea membuka ruang buat Lampard untuk meraih trofi dalam penampilan pertama menguruskan kelab berkenaan.

Sumber: Harian Metro
FOTO AFP