• LISTEN NOW ON AIR

    CATS 30

    10.00am - 01.00pm

WHAT'S NEXT

LAGU TEBILANG CATS

01.00pm - 03.00pm

KESILAPAN DE GEA LETAK CHELSEA DI FINAL PIALA FA

Ole Gunnar Solskjaer mengakui tempat David De Gea masih belum terjamin selepas penjaga gol itu sekali lagi melakukan kesilapan


Back To Sports Updates

LONDON: Ole Gunnar Solskjaer mengakui tempat David De Gea masih belum terjamin selepas penjaga gol itu sekali lagi melakukan kesilapan ketika Manchester United tewas pada separuh akhir Piala FA kepada Chelsea.

Chelsea akan berdepan pencabar dari London, Arsenal pada final 1 Ogos ini hasil dua kesilapan memalukan daripada De Gea ketika United tewas 3-1 di Wembley sebentar tadi.

Mimpi ngeri pemain Sepanyol itu bermula apabila kesilapannya gagal menahan cubaan lemah Olivier Giroud pada lewat babak pertama.

Dan De Gea melakukan kesilapan lebih besar sejurus selepas rehat apabila gagal menahan dengan kemas cubaan Mason Mount.

Gol sendiri Harry Maguire juga sebahagiannya disebabkan reaksi perlahan De Gea ketika United tewas pertama kali dalam 20 perlawanan semua kejohanan walaupun Bruno Fernandes meledak penalti lewat permainan.

"Dia tahu dia perlu menyelamatkan bola 100 kali daripada 100 cubaan, tapi itulah bola sepak buat anda," kata Solskjaer.

"Saya tidak boleh bercakap mengenai keyakinan David De Gea tepi mentalnya sangat kuat. Saya membuat keputusan meletakkannya dan mentalnya memang sudah bersedia."

Ditanya sama ada De Gea akan digantikan Sergio Romero apabila United kembali beraksi berdepan West Ham pada awal pagi Khamis dalam pertembungan penting Liga Perdana Inggeris, Solskjaer tidak menolak kemungkinan menggugurkan bintangnya itu.

Sumber: Berita Harian
FOTO AFP