WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 02.00pm

CITY, ARSENAL, CHELSEA KE SEPARUH AKHIR PIALA FA

Manchester City bangkit daripada kekalahan - yang memberikan Liverpool kejuaraan Liga Perdana Inggeris


Back To Sports Updates

LONDON: Manchester City bangkit daripada kekalahan - yang memberikan Liverpool kejuaraan Liga Perdana Inggeris - dengan menewaskan Newcastle 2-0 pada suku akhir Piala FA.

City akan berdepan Arsenal dalam kelompok empat terakhir di Wembley selepas Gunners menewaskan Sheffield United 2-1.

Chelsea menang 1-0 di Leicester hasil jaringan Ross Barkley untuk menempah pertemuan dengan Manchester United di separuh akhir.

Penalti Kevin De Bruyne dan rembatan Raheem Sterling mengembalikan City ke landasan kemenangan selepas tewas 2-1 kepada Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pengendali Chelsea Frank Lampard membuat enam pertukaran ke atas skuadnya yang menewaskan City dan hampir memakan diri apabila bermula hambar di stadium King Power.

"Ia pengalaman yang memberi pengajaran. Kami bernasib baik mereka tidak memanfaatkan peluang.

"Jika saya perlu lakukan sesuatu dalam permainan, saya akan lakukannya. Mereka perlu menerimanya," kata Lampard.

Di Bramall Lane, Dani Ceballos membawa Arsenal ke separuh akhir dengan gol kemenangan selepas David McGoldrick memadamkan kelebihan jaringan pembukaan Nicolas Pepe.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta akan berdepan bekas bosnya Pep Guardiola pada separuh akhir nanti.

Sumber: Berita Harian