WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND BEAT

04.00pm - 08.00pm

GUARDIOLA BIMBANG TANPA AGUERO

Pep Guardiola mungkin kehilangan khidmat penjaring terbanyak, Sergio Aguero untuk jangka masa panjang


Back To Sports Updates

Pep Guardiola mungkin kehilangan khidmat penjaring terbanyak, Sergio Aguero untuk jangka masa panjang selepas kecederaan lutut penyerang Manchester City itu tampak serius.

Aguero gagal menjaringkan gol ketika City membelasah Burnley 5-0 di Stadium Etihad tetapi memainkan peranan penting dalam perlawanan awal pagi tadi.

Guardiola tidak pasti tahap sebenar kecederaan bintang Argentina itu tetapi memberitahu Sky Sport terdapat bengkak di bahagian lutut kirinya selepas diasak kapten Burnley, Ben Mee.

"Ia nampak tidak bagus terutamanya di bahagian lutut, jadi kita tunggu esok," kata pengurus City itu.

"Dia berasakan ada sesuatu dalam lutut dan dia bergelut dengan kesakitan di bahagian itu bulan lalu. Jadi kami akan lihat dulu.

"Saya bukan doktor tetapi ia nampak tidak bagus."

Aguero menjaringkan 23 gol dalam semua kejohanan musim ini dan kecederaan itu mungkin akan menamatkan impiannya memburu Kasut Emas dengan dia hanya ketinggalan tiga gol di belakang Jamie Vardy.

Sumber: Harian Metro
Foto AFP