WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

KLOPP AKUI SANGAT BIMBANG

Jurgen Klopp mengakui dia bimbang akan dinafikan gelaran Liga Perdana sulung dalam tempoh 30 tahun kerana krisis COVID-19


Back To Sports Updates

LIVERPOOL: Jurgen Klopp mengakui dia bimbang akan dinafikan gelaran Liga Perdana sulung dalam tempoh 30 tahun kerana krisis COVID-19.

Ketika liga utama itu kini disambung, wujud ketidakpastian dalam beberapa minggu sebelum ini dengan kemungkinan kempen boleh dibatalkan.

"Saya tidak fikir apabila kami melalui perintah berkurung 'Oh Tuhan, itu adalah musim kami, kami sudah terlalu hampir', kerana itu tidak penting pada masa itu," katanya.

"Saya mula bimbang pada ketika orang mula bercakap mengenai bola sepak 'akan terbatal dan tidak sah' musim ini kerana saya berasa seperti 'Wow'.

"Saya sangat merasainya secara fizikal. Ia sesuatu yang amat-amat sukar."

Banyak liga termasuk League 1 Perancis dan Liga Nasional England, mengambil keputusan untuk menentukannya berdasarkan mata asas setiap perlawanan yang akan menyaksikan Liverpool akan dimahkotakan selaku juara.

Bagaimanapun penyokong lawan pastinya tidak bersetuju dan Klopp tidak mahu diberikan gelaran tanpa memenanginya.

"Kami tidak mahukan ia sebagai hadiah, jadi kami tidak mahu ia berasaskan perlawanan, jadi kami sangat gembira selepas diputuskan kami boleh bermain semula.

"Dan kini kami akan melaluinya. Kami tidak rasa minda kami sudah berada di sana. Ia akan menjadi sangat sukar, lebih sukar dari sukar, untuk beberapa minggu akan datang.

"Tapi kami akan OK dan kami akan lihat apa yang kami akan kami raikan, tapi ia hanya akan menjadi penting apabila ia akhirnya menjadi kenyataan."

Liverpool akan kembali beraksi berdepan Everton awal pagi Isnin ini sambil memerlukan hanya dua kemenangan daripada baki sembilan saingan bagi mengesahkan kejuaraan.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP