• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

AKTIVIS GAY FAIL ADUAN KE ATAS NEYMAR

Aktivis gay Brazil memfailkan aduan ke atas Neymar kerana homophobia


Back To Sports Updates

SAO PAULO: Aktivis gay Brazil memfailkan aduan ke atas Neymar kerana homophobia selepas bintang bola sepak Brazil dan Paris Saint-Germain (PSG) itu memanggil teman lelaki ibunya dengan panggilan anti gay.

Pejabat Pendakwa Raya Sao Paulo mengesahkan mereka menerima laporan berkenaan dan akan diteliti bagi menentukan sama ada kes akan dibuka ke atas Neymar.

Pasukan komunikasi Neymar enggan mengulas tentang laporan berkenaan.

Kes itu dibawa oleh aktivis Agripino Magalhaes, yang merancang untuk mendakwa Neymar dan rakan-rakannya di atas 'jenayah homophobia, hasutan dan ancaman bunuh' susulan komen pemain itu dalam satu perbualan peribadi di laman permainan atas talian.

Dalam rakaman audio itu, Neymar, 28, menggunakan panggilan anti-gay terhadap teman lelaki baru ibunya, Tiago Ramos.

Ramos, 22, dan ibu Neymar, Nadine Goncalves, 52, mengumumkan hubungan mereka April lalu.

Media Brazil kemudian mendedahkan latar belakang Ramos - model yang secara terbuka seorang biseksual.

Dalam perbualan itu, seorang daripada rakan Neymar mencadangkan yang mereka patut menyerang Ramos dengan menjolok duburnya dengan batang penyapu.

Sumber: Berita Harian
Foto AFP