WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

MBAPPE PEMAIN PALING BERNILAI DUNIA

Kylian Mbappe adalah pemain paling bernilai dunia ketika ini, menurut satu kajian oleh CIES Football Observatory


Back To Sports Updates

LONDON: Kylian Mbappe adalah pemain paling bernilai dunia ketika ini, menurut satu kajian oleh CIES Football Observatory.

Nilai penyerang Paris Saint-Germain itu melonjak kepada 231 juta pound (RM1.25 bilion) - disusuli empat bintang Inggeris.

Melengkapkan senarai lima teratas kajian berkenaan adalah Raheem Sterling (RM936.73 juta), Jadon Sancho (RM860.92 juta), Trent Alexander-Arnold (RM823.02 juta) dan Marcus Rashford (RM730.94 juta).

Hasil kajian berkenaan berbeza daripada lazim di mana tiada lagi monopoli oleh Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Walaupun kedua-dua pemain itu berkongsi memenangi 11 daripada 12 gelaran terakhir Ballon d'Or, mereka sekadar berada di tangga ke-70 dan 21 dalam senarai itu.

Trio Liverpool Mohamed Salah, Alexander-Arnold dan Sadio Mane turut berada dalam kelompok 10 teratas.

Seorang lagi pemain bintang yang merosot nilainya adalah Neymar, tergelincir ke tangga ke-37 dari kelompok tiga teratas bersama Harry Kane 18 bulan lalu.

Sumber: Berita Harian