WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

COVID-19: TIADA KES POSITIF DALAM SARINGAN TERKINI EPL

Pesaingan merebut kejuaraan EPL bakal bersambung 17 Jun ini selepas ditangguhkan sejak 13 Mac lepas


Back To Sports Updates

Keputusan pusingan terkini ujian COVID-19 Liga Perdana Inggeri (EPL) menunjukkan tiada kes positif dikesan.

Saringan pusingan keenam yang dilakukan pada 4 dan 5 Jun lepas  itu melibatkan 1,195 pemain dan kakitangan kelab EPL.

Dalam ujian sebelum ini seorang disahkan positif menjadikan jumlah keseluruhan seramai 13 orang daripada 6,274 ujian.

Keputusan ini dianggap satu petanda positif dalam meneruskan kesinambungan EPL yang tertangguh sejak 13 Mac lalu.

EPL dijadualkan bersambung secara tertutup pada 17 Jun ini membabitkan perlawanan antara Aston Villa menentang Sheffield United disusuli aksi Manchester City yang melayan kunjungan Arsenal pada tarikh yang sama.

Dengan baki 92 lagi perlawanan musim ini, EPL diterajui Liverpool dengan 25 mata mengatasi pencabar terdekatnya Manchestery City.

Sementara Bournemouth, Aston Villa dan Norwich City bergelut di zon penyingkiran.

Sumber: AWANI
oleh Nazim Chee
Gambar fail