WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PESALAH COVID-19 BERDEPAN DENDA, POTONG MATA

Jose Mourinho didakwa ‘mempertaruhkan nyawa’ apabila mengadakan sesi latihan di tempat terbuka


Back To Sports Updates

LONDON: Liga Perdana Inggeris bersedia untuk mengenakan denda yang tinggi dan pemotongan mata ke atas pemain dan pasukan yang melanggar garis panduan Project Restart.

Kuasa akan diberikan kepada 'polis' Liga Perdana untuk mengenakan denda sekitar 200,000 pound (RM1.08 juta) kepada pesalah.

Kesalahan kedua berkaitan COVID-19 akan menggandakan hukuman, manakala mereka yang mengulangi kesalahan berdepan penalti tanpa had - termasuk pemotongan mata.

Beberapa bintang Liga Perdana Inggeris sudah melanggar peraturan kerajaan sepanjang perintah berkurung - antaranya Kyle Walker, Jack Grealish, Serge Aurier, Jordon Ibe dan Alexandre Lacazette.

Manakala bos Spurs Jose Mourinho didakwa 'mempertaruhkan nyawa' apabila mengadakan sesi latihan di tempat terbuka.

Pegawai-pegawai terdesak mahu mengelak peningkatan jangkita COVID-19 yang mampu menjejaskan baki 92 perlawanan Liga Perdana musim ini.

Setakat ini hanya 13 pemain dan kakitangan kelab didapati positif selepas enam pusingan saringan dilakukan.

Sumber: Berita Harian