WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

MBAPPE BOLEH JADI 'RAJA' DI LIVERPOOL

Kylian Mbappe dijangka akan menjadi 'Raja' jika dia berpindah ke Liverpool


Back To Sports Updates

LIVERPOOL: Kylian Mbappe dijangka akan menjadi 'Raja' jika dia berpindah ke Liverpool.

Pendahulu Liga Perdana itu sering dikaitkan dengan Mbappe beberapa bulan kebelakangan ini - manakala bintang Paris-Saint Germain itu sendiri sering bercakap mengenai skuad bimbingan Jurgen Klopp.

Perpindahan bernilai £200 juta pound (RM1.076 bilion) buat penyerang itu tampak sukar ketika ini dengan landskap kewangan bola sepak teruk terjejas berikutan COVID-19.

Bagaimanapun Mbappe yang juga pemenang Piala Dunia baharu berusia 21 tahun, jadi masih banyak masa buatnya jika mahu memanjangkan karier di Anfield.

Dan bagi Klopp, Liverpool ada kelebihan dalam usaha mendapatkan Mbappe menurut bekas pertahanan Perancis, Willy Sagnol.

Bagaimanapun Sagnol memberi amaran bahawa Mbappe juga perlu meningkatkan permainannya di bawah pengurus Liverpool itu.

"Kelab ini (Liverpool) ada kelebihan besar, dengan Jurgen Klopp anda ada jurulatih setiap pemain mahukan," kata bekas pemain Bayern Munich dan Monaco itu kepada SportBild.

"Kylian Mbappe perlu menyesuaikan diri di bawahnya kerana dia mahukan banyak kerja bertahan daripada penyerangnya, yang masih kurang pada Mbappe.

"Tapi dia boleh belajar, terutama daripada individu seperti Klopp. Tiada persoalan mengenainya, Mbappe boleh menjadi 'Raja' bersama Jurgen Klopp di Liverpool."

Liverpool kini memiliki kelebihan 25 mata di persada Liga Perdana selepas menang Liga Juara-Juara, Piala Super UEFA dan Piala Dunia kelab sejak setahun lalu.

Minggu lalu, Mbappe memberikan penyokong Liverpool harapan dengan menggambarkan skuad Reds sebagai "mesin kemenangan".

Sumber: Berita Harian
Foto AFP