WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

CHELSEA YAKIN ATASI LIVERPOOL DAPATKAN WERNER

Chelsea semakin hampir mencapai persetujuan untuk menandatangani penyerang


Back To Sports Updates

LONDON: Chelsea semakin hampir mencapai persetujuan untuk menandatangani penyerang, Timo Werner dari RB Leipzig, lapor media British hari ini.

Pemain berusia 24 tahun itu difahamkan menarik minat pencabar Liga Perdana, Liverpool namun Chelsea tampak memenuhi klausa pelepasan diminta kelab Jerman itu dengan nilai £53 juta pound (RM285.61 juta).

Sekiranya Chelsea berjaya membawa Werner ke Stamford Bridge, ia akan menjadi pembelian utama di kelab barat London itu.

Sejak beberapa tahun lalu, ada spekulasi mengaitkan Werner dengan perpindahan ke Anfield tetapi masa tampaknya sudah semakin suntuk buat Reds, dengan klausa pelepasan akan tamat pada 15 Jun – dua hari sebelum Liga Perdana bermula selepas terhenti beberapa bulan akibat COVID-19.

Pemain antarabangsa Jerman itu sudah menjaringkan 31 gol buat Leipzig dalam semua kejohanan.

Chelsea setakat ini sudah menandatangani pemain sayap Ajax, Hakim Ziyech.

Sumber: Berita Harian