WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

SOLIDARITI PEMAIN LIVERPOOL TERHADAP KEMATIAN GEORGE FLOYD

Gambar aksi solidariti ini kemudian dimuat naik ke akaun sosial media dengan keterangan "unity is strength #blacklivesmatter


Back To Sports Updates

LIVERPOOL: Pemain kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool menunjukkan solidariti terhadap kematian George Floyd.

Barisan pemain ini melutut sebelum memulakan sesi latihan di Stadium Anfield.

Gambar aksi solidariti ini kemudian dimuat naik ke akaun sosial media dengan keterangan "unity is strength #blacklivesmatter”.

Barisan bintang seperti Virgil Van Dijk, Trent Alexander-Arnold dan Jordan Henderson antara yang memuat naik gambar berkenaan ke platform media sosial masing-masing.

Selain pemain liverpool, beberapa pemain Bundesliga dan Manchester United turut mengeluarlan kenyataan berhubung kematian Floyd pada 25 Mei lalu.

Penyerang Manchester United, Marcus Rashford berkata dia bimbang masyarakat "akan lebih berpecah berbanding sebelumnya" dalam keganasan selepas kematian Floyd di Minneapolis.

Ia turut mendapat kritikan hebat ikon sukan seperti Michael Jordan dan Lewis Hamilton.

Sumber: AWANI