WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

WEMBLEY SESUAI BUAT LIVERPOOL BERDEPAN EVERTON, CITY

Pertemuan antara Liverpool dan Everton serta membabitkan Manchester City antara 12 perlawanan dikenalpasti sebagai 'berisiko tinggi'


Back To Sports Updates

LIVERPOOL: Pertemuan antara Liverpool dan Everton serta membabitkan Manchester City antara 12 perlawanan dikenalpasti sebagai 'berisiko tinggi' yang boleh dilangsungkan di gelanggang berkecuali.

Wembley mungkin menjadi gelanggang sesuai buat pertembungan tetangga Merseyside berdepan Everton dan menentang Manchester City.

Dua perlawanan itu menjadi antara 12 saingan Liga Perdana dilabelkan sebagai berisiko tinggi oleh pihak berkuasa berikutan kebimbangan penonton akan berkumpul di luar stadium.

Baki empat perlawanan membabitkan Liverpool di laman sendiri — berdepan Crystal Palace, Aston Villa, Burnley dan Chelsea — mewujudkan kebimbangan penyokong akan memenuhi Anfield ketika atau selepas perlawanan jika mereka menang gelaran.

Ada juga kerisauan jika gelaran liga diraih di tempat lawan iaitu bukan di Anfield, penyokong akan mula memenuhi stadium terkenal mereka itu untuk perlawanan seterusnya di laman sendiri.

Liverpool mahu jadual perlawanan mereka mengikut aturan asal dan akan menolak jika pihak berkuasa cuba mengubahnya hanya kerana mereka tidak percaya penyokong Reds tidak boleh mengikut peraturan menjauhi stadium.

Bagaimanapun mereka akan menerima jika ada sebarang perubahan gelanggang atas sebab tertentu selagi ia bersesuain dengan keadaan semasa.

Polis Merseyside juga mengeluarkan kenyataan Jumaat lalu dengan berkata mereka 'tiada halangan' untuk membenarkan sebarang perlawanan di Goodison atau Anfield selepas musim bermula pada 17 Jun.

Sumber: Berita Harian