WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

JAM RM2.6 JUTA MAHREZ DICURI

Pemain Man City, Riyad Mahrez kerugian £500,000 pound (RM2.683 juta) apabila tiga jam tangan mewahnya dicuri


Back To Sports Updates

Manchester: Pemain Man City, Riyad Mahrez kerugian £500,000 pound (RM2.683 juta) apabila tiga jam tangan mewahnya dicuri.

Pencuri turut mengambil wang tunai, jersi bola sepak unik dan gelang tangan dari rumahnya.

Jam bernilai £500,000 pound (RM2.683 juta) itu termasuk dari jenama Richard Mille, sama seperti dicuri daripada rumah pemain England, Dele Alli dua minggu lalu.

Selain Mille bernilai £230,000 pound (RM1.23 juta), bintang Man City itu juga kehilangan Rolex Daytona bernilai £40,000 pound (RM214,653) dan Rolex Day Date bernilai £35,000 pound (RM187,821).

Kumpulan pencuri itu juga melarikan wang tunai lebih £50,000 pound (RM268,316), gelang tangan Cartier dan jersi bola sepak unik bernilai lebih £150,000 pound (RM804,949).

Sumber memberitahu: "Riyad antara kumpulan elit yang memiliki Mille.

"Ia adalah lambang kehebatan."

Jam Mille boleh mencecah £1.6 juta pound (RM8.59 juta) dan menjadi pilihan golongan kaya dan bintang sukan seluruh dunia.

Sumber: Berita Harian