WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

EPL KEMBALI 17 JUN

Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris bersetuju untuk menyambung musim 2019-20 pada 17 Jun


Back To Sports Updates

LONDON: Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris bersetuju untuk menyambung musim 2019-20 pada 17 Jun, dengan syarat semua langkah keselamatan disediakan bagi mengelak penularan COVID-19.

Aston Villa menentang Sheffield United dan Manchester City bertemu Arsenal - akan membuka tirai pada tarikh berkenaan, kata Liga Perdana Inggeris.

Selepas dua perlawanan berkenaan, kesemua 20 kelab sudah mengharungi 29 perlawanan menjelang hujung minggu 19 hingga 21 Jun, di mana semua pasukan liga tertinggi Inggeris itu dijadualkan beraksi.

Perlawanan terakhir Liga Perdana sebelum rehat akibat pandemik ialah Leicester menentang Aston Villa pada 9 Mac, sebelum bola sepak Inggeris ditangguhkan empat hari kemudian.

"Hari ini kami bersetuju untuk menyambung Liga Perdana pada Rabu 17 Jun.

"Tetapi tarikh ini tidak boleh disahkan sehingga kami semua memenuhi langkah keselamatan yang ditetapkan, kerana kesihatan dan kebajikan semua peserta dan penyokong adalah keutamaan kami.

"Malangnya perlawanan terpaksa diadakan tanpa kehadiran penonton di stadium, jadi kami gembira dengan jalan penyelesaian positif bagi membolehkan penyokong menonton kesemua baki 92 perlawanan," kata ketua eksekutif Liga Perdana Richard Masters.

Sumber: Berita Harian