WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

JERSI BAHARU ARSENAL 'BERDARAH'

Jersi baharu Arsenal untuk musim 2020-21 bagi aksi di tempat lawan didedahkan


Back To Sports Updates

LONDON: Jersi baharu Arsenal untuk musim 2020-21 bagi aksi di tempat lawan didedahkan dan corak seakan percikan darah mendapat komen sinis peminat.

The Gunners mengharungi musim kurang memberangsangkan tetapi corak retro lebam kulit pisang pada jersi Adidas mereka lebih menyedihkan penyokong.

Berikut antara komen-komen peminat di media sosial berkenaan jersi baharu Arsenal itu.

"Mungkin ia akan menakutkan pihak lawan, bermakna kita akan mula menang di tempat lawan?" kata salah seorang peminat.

"Arsenal memilih corak percikan darah untuk jersi tempat lawan bagi menggambarkan bagaimana mereka dibelasah keluar dari kelompok empat teratas setiap musim," ciap seorang penyokong di Twitter.

"Kelihatan pemain seperti baru lepas digomol beruang."

Sumber: Berita Harian