WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 02.00pm

MENTALITI POGBA TIDAK SECOCOK DENGAN MANCHESTER UNITED - SHERINGHAM

Masa depan Pogba (gambar) di Old Trafford masih samar-samar apabila Real Madrid dan Juventus terus dikaitkan dengan perpindahannya


Back To Sports Updates

Manchester United perlu menjual Paul Pogba dan membawa masuk pemain yang mempunyai 'mental dan kemahuan yang tepat', menurut bekas penyerang kelab itu, Teddy Sheringham.

Kelibat bintang tengah Perancis itu dibatasi dengan tujuh penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL) sahaja musim ini ekoran kecederaan kaki dan pergelangan kaki.

Pemenang Piala Dunia 2018 itu kembali berlatih di Carrington dan diharapkan akan dapat memainkan peranan besar jika kempen 2019-20 disambung seperti yang dirancangkan susulan penangguhannya angkara krisis novel koronavirus (COVID-19).

Masa depan Pogba di Old Trafford masih samar-samar apabila Real Madrid dan Juventus terus dikaitkan dengan perpindahan pemain berusia 27 tahun itu.

Sheringham, anggota penting dalam skuad The Red Devils itu ketika menjulang tiga gelaran utama pada 1998-99, berpendapat bahawa skuad itu harus memanfaatkan penjualan pemain termahal tersebut mereka itu dengan membawa pemain yang lebih mirip bekas ketua pasukan, Roy Keane.

"Pemain dan kapten menjadi sebutan," katanya kepada Sky Sports.

"Ketika perkara tidak berjalan dengan lancar pada era kami, Roy Keane tampil memperbaikinya. Dia akan mendorong pasukan, dia akan membangkitkan kami dan memastikan kami bersuara dalam setiap perlawanan kerana itulah kemahuannya.

"Ketika anda melihat Pogba, ya, dia mungkin pemain yang berbakat tetapi adakah dia memiliki mental yang serupa? Adakah dia benar-benar boleh memacu dan membuat Manchester United keluar daripada pergolakan tatkala situasi menjadi sukar? Bagi saya jawapannya adalah tidak.

"Dia mencetuskan aura yang salah sebagai pemain Manchester United. Ya, adalah bagus untuk bersikap sombong pada waktu yang tepat, Dwight Yorke juga mempunyai senyuman lebar di wajahnya ketika dia beraksi.

"Tetapi Yorke mempunyai keinginan untuk lakukan perkara yang betul pada masa yang tepat. Dia harus memilikinya dan saya berasakan Paul Pogba tidak menunjukkannya.

"Dia harus pergi untuk kelab membawa seseorang yang mempunyai mentaliti dan kemahuan yang tepat untuk mengeluarkan Manchester United dari kedudukan sekarang."

Sumber: AWANI