WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST BABA'S

06.00am - 10.00am

PM SEPANYOL IZIN LA LIGA DISAMBUNG 8 JUN

Pemain La Liga memulakan latihan dalam kumpulan tidak lebih daripada 10 orang pada minggu ini


Back To Sports Updates

MADRID: Saingan La Liga boleh disambung semula bermula 8 Jun ini, kata Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez.

Presiden Liga, Javier Tebas berkata beliau berharap liga utama Sepanyol akan disambung semula pada 12 Jun, walaupun La Liga belum mengesahkan tarikh sebenar.

Pemain La Liga memulakan latihan dalam kumpulan tidak lebih daripada 10 orang pada minggu ini.

"(Bermula) dari 8 Jun, La Liga akan kembali," kata Sanchez.

"Bola sepak Sepanyol mempunyai ramai pengikut tetapi ia tidak akan menjadi satu-satunya aktiviti rekreasi yang akan kembali."

Sumber: Berita Harian