WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

BINTANG EPL BELUM SEDIA KEMBALI

Project Restart mendapat tamparan hebat apabila pemain tengah Chelsea Willian mendakwa majoriti pemain Liga Perdana Inggeris takut dijangkiti COVID-19


Back To Sports Updates

LONDON: Project Restart mendapat tamparan hebat apabila pemain tengah Chelsea Willian mendakwa majoriti pemain Liga Perdana Inggeris takut dijangkiti COVID-19.

Rancangan untuk menyambung semula musim ini akan ditingkatkan minggu ini apabila kelab-kelab utama kembali berlatih dalam usaha menyelamatkan liga terkaya dunia itu daripada rugi besar.

Willian menyertai nama-nama besar lain yang tidak mahu mengambil risiko jangkitan apabila kembali bersama pasukan masing-masing sebelum ancaman COVID-19 dikawal sepenuhnya.

Dan dengan kelab-kelab memberi peluang kepada bintang-bintang untuk memilih, ada kemungkinan kempen ini akan dibatalkan.

"Jujurnya, daripada apa yang saya lihat, ramai pemain-pemain - saya boleh katakan majoriti daripada mereka - tidak selesa dengan rancangan untuk kembali sekarang.

"Memang kami mahu kembali beraksi, kami rindukan permainan ni dan melakukan apa yang kami cintai.

"Tetapi ia perlu selamat untuk kami melakukannya. Itu pandangan kami. Kesihatan kami perlu diutamakan," kata Willian.

Penyerang Manchester City Sergio Aguero adalah pemain pertama yang menyuarakan kebimbangan terhadap menyambung kembali liga ketika banyak nyawa masih terkorban akibat COVID-19.

Ia turut dipersetujui kapten Watford Troy Deeney serta penyerang Chelsea Tammy Abraham.

Sumber: Berita Harian