WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

KLOPP USIK NEVILLE GARA-GARA LAMA TERKURUNG

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp secara berseloroh berkata pengajaran diterimanya ketika tempoh berkurung


Back To Sports Updates

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp secara berseloroh berkata pengajaran diterimanya ketika tempoh berkurung ini adalah dia tahu betapa lantangnya bekas pertahanan Manchester United, Gary Neville apabila bersuara.

Sebagai pengkritik bola sepak, Neville mengkritik pengendali Liga Perdana Inggeris (EPL) kerana terlalu lembab dalam memberi perkembangan terbaharu untuk Projek 'Restart' mereka.

Selain itu, dia turut mengulas mengenai cadangan kerajaan yang mahukan pemain untuk menerima potongan gaji ketika pandemik COVID-19 selain beberapa lagi isu berkaitan bola sepak.

"Tidak banyak yang saya belajar ketika perintah berkurung ini kecuali mengenai Gary Neville yang sentiasa memberikan pendapat terhadap semua perkara. Ia memang menakjubkan," kata Klopp.

Liverpool hanya memerlukan dua kemenangan untuk merangkul gelaran EPL buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun sebelum aksi ditangguhkan pada 13 Mac.

Klopp tetap berhubung dengan pemainnya namun dia mengakui ia satu situasi yang sukar apabila tidak bertemu dengan anak buahnya dalam tempoh masa agak lama.

"Saya sangat rindu pemain saya. Kami menubuhkan kumpulan di mana semua orang di Melwood memiliki hubungan yang baik dan kami menjadi sahabat sepanjang tempoh empat tahun setengah ini.

"Kami berbual menerusi Zoom dan beberapa aplikasi lain tetap ia tidak sama. Berada di Melwood dan melakukan kerja yang sering kami lakukan adalah sesuatu yang saya rindukan."

Sumber: Berita Harian