WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

LIVERPOOL WAJIB LEPASKAN SALAH

Bekas penyerang Mesir, Mido memberi amaran kepada Liverpool agar tidak menghalang Mohamed Salah untuk beraksi bersama negaranya


Back To Sports Updates

LONDON: Bekas penyerang Mesir, Mido memberi amaran kepada Liverpool agar tidak menghalang Mohamed Salah untuk beraksi bersama negaranya dalam kejohanan utama yang akan berlangsung pada 2021.

Pengurus The Reds, Jurgen Klopp berdepan kemungkinan terpaksa melupakan khidmat bintang sensasinya itu selama beberapa bulan susulan tugasan antarabangsa bersama Mesir.

Saingan Piala Negara-Negara Afrika akan berlangsung di Cameroon pada Januari depan sebelum Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan bermula pada Julai hingga Ogos.

Mido menegaskan, beraksi bersama skuad kebangsaan adalah lebih penting buat Salah, 27, yang mana ia turut termasuk dalam peraturan ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

"Salah perlu beraksi bersama Mesir dalam saingan Piala Negara-Negara Afrika dan Liverpool tidak berhak untuk mengatakan tidak.

"Ini adalah peraturan yang ditetapkan FIFA dan mereka tidak boleh mengalang Salah daripada menyertai pasukan kebangsaan tanpa alasan kukuh. Jika Salah sendiri yang tidak mahu pergi, ia akan menjadi satu-satunya alasan tidak menyaksikan dia dalam pasukan kebangsaan.

"Semua pemain dari benua Afrika berdepan masalah ini apabila beraksi di England. Saya gembira apabila saingan Piala Negara-Negara Afrika 2019 berlangsung pada musim panas.

"Ini mengelakkan pemain Afrika daripada berdepan masalah dengan kelab tetapi Konfederasi Bola Sepak Afrika membuat keputusan untuk kembali kepada jadual lama.

"Salah pemain yang penting kepada skuad senior dan skuad Olimpik. Pemain yang memiliki pengalamannya sepertinya mampu membawa perbezaan dalam pasukan.

"Dia bukan saja akan menjadi pemain penting dalam skuad Mesir tetapi akan turut menjadi pemain paling penting dalam kejohanan.

"Kini, kita sudah tahu Olimpik akan berlangsung pada musim panas 2021.

"Jadi, diharapkan semuanya akan berjalan dengan baik dan dia boleh beraksi bersama skuad Olimpik juga," kata Mido yang pernah beraksi bersama Tottenham Hotspur sepanjang 14 tahun berkelana dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Sumber: Berita Harian