• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

HOWE BOS KELAB EPL PERTAMA DIPOTONG GAJI

Eddie Howe dari Bournemouth menjadi pengendali kelab Liga Perdana Inggeris pertama menawarkan gajinya dipotong


Back To Sports Updates

LONDON: Eddie Howe dari Bournemouth menjadi pengendali kelab Liga Perdana Inggeris pertama menawarkan gajinya dipotong susulan pandemik COVID-19.

Howe, 42, bersetuju memotong sejumlah besar daripada gajinya bagi membantu mengurangkan impak ke atas kewangan yang dicetus pandemik berkenaan.

Persatuan Pengurus Liga, Persatuan Pemain Profesional, Liga Perdana dan Liga Bolasepak masih dalam perbincangan berkenaan pemotongan gaji pemain dan pengurus.

Namun Howe, ketua eksekutif Neill Blake, pengarah teknikal skuad utama Richard Hughes dan penolong jurulatih Jason Tindall bersetuju memotong gaji masing-masing sepanjang krisis ini.

Liga Perdana ditangguhkan sehingga hujung bulan ini dan dengan penularan COVID-19 masih berterusan, ia kelihatan seperti akan berlanjutan.

“Memandangan pandemik COVID-19 semakin menular, lebih banyak soalan berbanding jawapan yang timbul berkenaan kesannya.

“Tidak ada skrip untuk situasi seperti ini. Tetapi sebagai lembaga pengarah kami akan terus mencari penyelesaian untuk memastikan masa depan kelab dan pekerja kami terpelihara apabila kempen bersambung.

“Atas sebab itu, ketua eksekutif Neill Blake, pengarah teknikal skuad utama Richard Hughes dan penolong jurulatih Jason Tindall bersetuju memotong gaji masing-masing sepanjang tempoh ini,” kata Bournemouth dalam satu kenyataan.

Bournemouth turut mengikut jejak kelab Liga Perdana lain seperti Tottenham, Newcastle dan Norwich dalam mengurangkan jumlah kakitangan mereka.

Sumber: AWANI