WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

BWF BEKU RANKING DUNIA SUSULAN PANDEMIK COVID-19

BWF membekukan ranking dunia dan ranking remaja dunia susulan pandemik COVID-19


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengambil keputusan untuk membekukan ranking dunia dan ranking remaja dunia susulan penggantungan kejohanan antarabangsa mulai pertengahan Mac lalu akibat pandemik COVID-19.

Badan induk dunia itu, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pembekuan ranking dunia akan dikembalikan kepada minggu ke-12 iaitu kejohananan antarabangsa terakhir, All England 2020 di Birmingham, England dari 11 hingga 15 Mac lalu.

Ia berkata senarai ranking yang dikeluarkan pada 17 Mac akan menyediakan asas untuk pendafataran dan menentukan pemain pilihan pada kejohanan antarabangsa akan datang.

"Buat masa ini, sukar untuk diramalkan bila kejohanan antarabangsa seterusnya akan diadakan dengan kejohanan pada Mei dan Jun dijangka ditangguhkan," kata BWF.

BWF berkata Suruhanjaya Atlet menyokong penuh pembekuan ranking dunia sambil menambah bahawa prosedur yang tepat untuk menarik balik pembekuan akan ditentukan berdasarkan maklumat kalendar kejohanan yang kini disemak semula.

Bagaimanapun, menurut BWF, pembekuan ranking dunia itu tidak diguna pakai untuk sistem kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang ditangguh kepada tahun depan.

Sumber: BERNAMA