WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

COVID-19: PEMAIN JUVE SETUJU GAJI DIBEKUKAN SELAMA EMPAT BULAN

Cristiano Ronaldo bersama pemain Juventus setuju bantu kurangkan tanggungan kelab


Back To Sports Updates

Pemain Juventus dan pengurus pasukan, Maurizio Sarri bersetuju untuk tidak dibayar gaji selama empat bulan bagi membantu kelab itu menjimatkan sekitar 90 juta euro (RM435 juta) akibat penggantungan liga bola sepak di Itali.

Ini bermakna, Juventus yang turut dibarisi bintang Portugal, Cristiano Ronaldo akan tidak menerima gaji penuh dari Mac hingga Jun 2020.

Kesemua liga bola sepak di Itali digantung sekurang-kurangnya sehingga 3 April akibat penularan wabak Covid-19.

Kelab Itali itu sedang mendahului Liga Serie A dengan satu mata di hadapan pencabar terdekat, Lazio.

Setakat ini semua aktiviti sukan di Itali juga digantung sehingga 3 April.

Para pemain di Liga Eropah seperti di Jerman pula bersetuju menerima pemotongan gaji selain empat kelab terbaik di negara itu bersetuju menderma 20 juta euro untuk membantu kelab yang lebih kecil mengharungi krisis coronavirus di sana.

Kes baharu jangkitan Covid-19 di Itali meningkat kepada 919 pada Sabtu, yang tertinggi setakat ini dicatat negara itu.

Sehingga kini lebih 9,000 orang sudah meninggal dunia akibat virus itu.

Pihak berkuasa Itali memberi amaran bahawa perintah larangan keluar rumah kemungkinan dilanjutkan.

Sumber: AWANI