WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

BEKAS PRESIDEN REAL MADRID KORBAN COVID-19

Bekas presiden Real Madrid Lorenzo Sanz, yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19


Back To Sports Updates

MADRID: Bekas presiden Real Madrid Lorenzo Sanz, yang dimasukkan ke hospital akibat COVID-19, meninggal dunia pada usia 76 tahun, kata anaknya.

Sanz menerajui kelab gergasi Sepanyol itu dari tahun 1995 hingga 2000 – menyaksikan dua kejuaraan Liga Juara-Juara.

“Bapa saya baru meninggal dunia. Dia tidak sepatutnya pergi dalam keadaan seperti ini.

“Antara yang terbaik, berani dan paling bekerja keras pernah saya lihat. Keluarganya dan Real Madrid adalah keutamaan,” kata anaknya Lorenzo Sanz Jr.

Tiga hari lalu, Sanz Jr, bekas pemain bola keranjang profesional, berkata bapanya dimasukkan ke hospital Madrid selepas mengalami simptom COVID-19 yang sudah mengorbankan lebih 1,320 nyawa di Sepanyol.

“Hari yang menyedihkan buat Real Madrid. Takziah buat keluarga dan rakan-rakannya,” kata kapten Real Madrid Sergio Ramos.

Sumber: Berita Harian