WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

LIGA PERDANA INGGERIS (EPL) DITANGGUHKAN SEHINGGA 4 APRIL

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta dan pemain sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi sah dijangkiti COVID-19


Back To Sports Updates

LONDON: Semua perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dijadualkan minggu depan ditangguhkan susulan pandemik novel koronavirus (COVID-19).

Menurut badan induk bola sepak England, penangguhan sehingga 4 April itu dibuat selepas pengendali Arsenal, Mikel Arteta dan pemain sayap Chelsea, Callum Hudson-Odoi sah dijangkiti COVID-19.

Sementara itu memetik laporan BBC, Persatuan Bola Sepak England (FA) turut menangguhkan semua aksi profesional sehingga 3 April depan.

Penangguhan itu secara tidak langsung aksi persahabatan England menentang Itali dan Denmark di Wembley pada 27 dan 31 Mac nanti turut tidak diadakan.

Sumber: AWANI