WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

PENGURUS ARSENAL MIKEL ARTETA POSITIF COVID-19

ARTETA: Saya menjalani ujian selepas berasa kurang sihat; saya akan kembali bekerja sejurus selepas dibenarkan


Back To Sports Updates

KUALA LUMPUR: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta disahkan positif terkena jangkitan COVID-19 pada Khamis, sekali gus perlawanan kelab menentang Brighton pada Sabtu ditangguhkan.

The Gunners telah menutup pusat latihan mereka dan kakitangan kelab yang berinteraksi dengan Arteta diarahkan untuk membuat kuarantin sendiri.

Liga Perdana Inggeris (EPL) akan mengadakan 'mesyuarat kelab kecemasan' pada Jumaat untuk membincangkan perlawanan liga seterusnya.

"Ini sangat mengecewakan," kata pengurus kelab dari Sepanyol berusia 37 tahun itu.

"Saya menjalani ujian selepas berasa kurang sihat. Saya akan kembali bekerja sejurus selepas dibenarkan," katanya.

Ramai dari skuad Arsenal dijangka akan menjalani proses kuarantin termasuk skuad pertama kelab itu.

Kelab itu dijadual berdepan Brighton dalam perlawanan liga di Stadium Amex pada Sabtu.

Bagaimanapun, Brighton mungkin akan mengeluarkan kenyataan menangguhkan perlawanan tersebut.

Mesyuarat Kelab Liga Perdana dijangka akan membincang dan memutuskan sama ada untuk menangguhkan kesemua perlawanan Liga Perdana yang dijadualkan berlangsung pada hujung minggu ini.

Sumber: AWANI