WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

COVID-19: CRISTIANO RONALDO TERPAKSA DIKUARANTIN

Cristiano Ronaldo dilaporkan harus menjalankan kuarantin di rumahnya di Madeira selepas rakan sepasukannya Daniele Rugani di dadapati positif COVID-19


Back To Sports Updates

Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo dilaporkan harus menjalani kuarantin di rumahnya di Madeira selepas rakan sepasukannya Daniele Rugani dari kelab Juventus didapati positif COVID-19.

Ronaldo juga dikatakan turut berkongsi bilik persalinan dengan pemain itu sebelum ini.

Terdahulu, pemain pertahanan kelab itu, Daniele Rugani, dilaporkan positif COVID-19 selepas terlibat dalam perlawanan antara Juventus dan Inter Milan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kesemua pemain daripada kedua-dua pasukan ini akan diletakkan dalam tempoh kuarantin sehinggalah disahkan negatif virus berkenaan.Terdahulu, pihak penganjur memutuskan untuk meneruskan saingan Serie A itali di stadium, tanpa penonton dalam usaha mengawal penularan pandemik itu.

Turut melaksanakan langkah sama ialah pihak penganjur saingan Bundesliga di Jerman.

Perlawanan EPL juga terkesan akibat COVID-19 selepas pertemuan antara Manchester City dan Arsenal pada Rabu ditunda.

Sumber: AWANI