WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

JUVENTUS SEDIA AMBIL SEMULA POGBA

Juventus dilaporkan akan mengambil semula Paul Pogba menjelang jendela perpindahan musim panas tahun ini


Back To Sports Updates

TURIN, Itali: Juventus dilaporkan akan mengambil semula Paul Pogba menjelang jendela perpindahan musim panas tahun ini selepas berjaya menjimatkan jutaan ringgit daripada pembayaran gaji bulan ini.

Juventus bercadang bergabung semula dengan pemain yang dijual kepada Manchester United empat tahun lalu pada harga 89 juta pound (RM481.5 juta).

Pogba hanya memainkan peranan kecil bersama United musim ini selepas dibelenggu kecederaan berulang, namun masih menjadi antara perancang paling dikehendaki di Eropah.

Pembelian Bruno Fernandes yang berharga 68 juta pound (RM367.9 juta) bulan lalu juga bakal mencerahkan lagi peluang Juventus untuk mendapatkan Pogba akhir musim ini.

Mario Mandzukic dan Emre Can bakal dijual bagi meringankan kos Juventus, dan pada masa sama memberi ruang kepada Pogba untuk mengemudi barisan tengah kelab gergasi Itali itu.

Ejen Pogba Mino Raiola minggu lalu menegaskan yang peminat Juventus harus mengimpikan kehadiran semula pemenang Piala Dunia dari Perancis itu.

“Peminat Juve perlu mengimpikannya, kerana jika anda tidak bermimpi, anda akan mati,” kata Raiola.

“Saya tidak bekerja di alam mimpi tetapi dalam dunia sebenar, jadi saya perlu membuat keputusan tepat untuk pelanggan saya. Ini bukan masa yang sesuai untuk meramalkan masa depan Paul.”

Selain Pogba, kelab Itali itu juga merancang untuk menjadikan pertahanan Liverpool Virgil van Dijk sebagai pertahanan termahal dunia untuk kali kedua.

Van Dijk menyertai Liverpool dari Southampton pada harga 75 juta pound (RM405.7 juta) pada Januari 2018, dan Juventus sanggup menggandakan jumlah itu kepada 150 juta pound (RM811.4 juta) untuk permain 28 tahun itu.

Sumber: Berita Harian