• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

NEYMAR DEDIKASIKAN GOL BUAT BRYANT

Neymar mendedikasikan gol keduanya ketika Paris Saint-Germain menang 2-0 di Lille kepada legenda bola keranjang Kobe Bryant


Back To Sports Updates

PARIS: Neymar mendedikasikan gol keduanya ketika Paris Saint-Germain menang 2-0 di Lille kepada legenda bola keranjang Kobe Bryant, yang meninggal dunia akibat kemalangan helikopter awal pagi tadi mengejutkan dunia.

Pemain termahal dunia itu meledak gol pada minit ke-52 menerusi penalti dan terus ke sudut televisyen dekat tepi padang Stade Pierre Mauroy serta menunjukkan nombor 24 dengan jarinya sebagai menghormati jersi Bryant.

“Amat menyedihkan untuk sukan dunia dan untuk kami semua,” kata Neymar kepada Canal+ selepas kemenangan itu yang meletakkan PSG berkelebihan 10 mata di persada liga.

“Bukan hanya untuk peminat bola keranjang, tapi apa yang dilakukannya buat sukan.”

Neymar sudah meletakkan pasukannya di depan pada babak pertama sebelum melebarkan kelebihan antara mereka dengan pasukan tangga kedua, Marseille.

Jaringan ke-12 Neymar dalam liga musim ini menyajikan keseimbangan di kelab berpangkalan di Paris itu selepas permulaan positif pasukan tuan rumah yang tidak pernah tewas di laman sendiri sebelum perlawanan ini. 

“Kami berhak menang, saya rasa kami bermain baik,” kata jurulatih PSG, Thomas Tuchel.

“Kami mengawal permainan dan serangan balas pantas, bukan mudah untuk melakukannya berdepan pasukan bagus seperti Lille.”

Sumber: Berita Harian