WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

LIVERPOOL MENANG SEBAB SAYA PULIH DARIPADA KECEDERAAN - SALAH

Mohamed Salah berseloroh bahawa Liverpool menewaskan Manchester United 2-0 semalam


Back To Sports Updates

LIVERPOOL 2 MAN UNITED 0

Mohamed Salah berseloroh bahawa Liverpool menewaskan Manchester United 2-0 semalam kerana dia pulih daripada kecederaan.

Pemain kebangsaan Mesir, Salah, terlepas keputusan seri 1-1 ketika kedua-dua pasukan bertemu di Old Trafford -- satu-satunya perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) Liverpool gagal merakamkan kemenangan musim ini -- ekoran kecederaan buku lali.

Menjelang perlawanan di Anfield, pemain berusia 27 tahun itu mencadangkan skuad kendalian Jurgen Klopp itu gagal merakamkan kemenangan kerana ketiadaan dirinya.

Liverpool kini mendahului saingan dengan berkelebihan 16 mata kepada pencabar terdekat, Manchester City, selepas Salah menyempurnakan jaringan pada masa kecederaan, menambah jaringan daripada jaringan pembukaan Virgil van Dijk pada minit ke-14.

"Seperti yang anda dapat lihat saya telah pulih daripada kecederaan jadi kami menang perlawanan ini, saya sangat gembira buat pasukan sekarang," kata Salah kepada Sky Sports. "Kami menikmati saat ini dan berharap menamatkan saingan seperti yang diinginkan."

"Saya menerima hantaran daripada Alisson, tiada pemain lain yang mampu melakukan hantaran sepertinya, tetapi saya sangat gembira dengan keputusan ini, adalah perkara yang paling penting."

Liverpool terlepas gelaran EPL dengan perbezaan satu mata musim lalu ketika City menjuarainya buat kali kedua berturut-turut, dengan kekalahan skuad kendalian Pep Guardiola itu pada bulan January 2019 diikuti dengan empat seri dalam enam perlawanan.

Enggan menyaksikan perkara sama berulang, Salah menggesa rakan sepasukan untuk mengekalkan persembahan yang sama bagi setiap perlawanan.

"Saya berasakan kami perlu fokus dalam setiap perlawanan, kami tidak memikirkan sudah memenangi EPL.

"Kami perlu mengulangi persembahan yang sama dalam setiap perlawanan, ia adalah cara untuk kami bergelar juara. Kami bergelut musim lalu dalam tempoh ini, jadi kami perlu kekal tenang dan fokus dalam setiap perlawanan."

Sumber: AWANI