WHAT'S NEXT

CATS 30

10.00am - 01.00pm

YOUNG TINGGALKAN UNITED

Ashley Young bakal meninggalkan Manchester United, kelab yang disertainya sejak sembilan tahun lalu


Back To Sports Updates

LONDON: Ashley Young dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan minggu ini sekali gus bakal meninggalkan Manchester United, kelab yang disertainya sejak sembilan tahun lalu.

Bekas pemain kebangsaan England itu sedang dalam perbincangan lanjut dengan kelab dari Itali berkenaan dan dijangka menandatangani kontrak dalam tempoh terdekat.

Pengendali  Inter Milan, Antonio Conte mahu Young menyertai pasukan kendaliannya pada bulan ini, namun United sehingga kini masih belum mempunyai keinginan untuk melepaskan pemain berusia 34 tahun itu pada jendela perpindahan Januari.

Perbincangan dikatakan sedang berjalan terutama mengenai bilakah Young akan menyertai pasukan dan ia hanya akan diputuskan dalam tempoh terdekat ini.

Sekiranya United membenarkan Young meninggalkan kelab pada bulan ini, dia dijangka menandatangani kontrak selama 18 bulan bersama Inter Milan.

Sekiranya dia menandatangani pra-kontrak, Young bakal mengikat kontrak 12 bulan dari awal musim depan.

Young menjadi tonggak di Old Trafford sejak mula tiba dari Aston Villa pada 2011 dengan nilai 17 juta pound (RM91.55juta).

Dia sudah membuat 250 penampilan bersama kelab di bawah kendalian Alex Ferguson, David Moyes, Louis van Gaal, Jose Mourinho dan Ole Gunnar Solskjaer.

Sumber: Berita Harian