WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

BAIK MAIN GOLF DARIPADA JAGA UNITED: GUARDIOLA

Pengendali Manchester City Pep Guardiola berkata menjadi pengurus Manchester United adalah perkara terakhir yang akan dilakukannya


Back To Sports Updates

MANCHESTER: Pengendali Manchester City Pep Guardiola berkata menjadi pengurus Manchester United adalah perkara terakhir yang akan dilakukannya – dan mendakwa lebih baik dia bermain golf daripada mengambil alih kelab Old Trafford itu.

Guardiola menjadi pilihan lembaga pengarah United sebelum dia menyertai kelab Etihad pada tahun 2016. Tetapi dia berkata kerjanya bersama City membuatkan dia merasa tiada keinginan untuk menyertai tetangga berwarna merah itu.

Dia bertegas, United dan Real Madrid adalah dua pasukan yang tidak sesekali akan dikendalinya.

“Selepas melatih City saya tidak akan melatih United,” kata Guardiola. “Ia seperti saya tidak akan melatih Madrid. Tidak sesekali.

“Saya lebih rela berada di Maldives jika tidak mendapat sebarang tawaran. Mungkin tidak Maldives kerana di sana tiada lapangan golf.”

Sejak ketibaan Guardiola di England, keseimbangan antara dua kelab Manchester itu beralih kepada City di mana mereka mengumpul 73 mata melebihi United sepanjang tiga tahun setengah bersama kelab itu.

“Saya pasti kehadiran saya di sini bukan hanya untuk menewaskan United atau berada di depan mereka. Itu bukan sasarannya. Ia hanya untuk bermain baik, memenangi gelaran – kami melakukannya dua musim lepas – musim ini kami sudah memenangi trofi, Perisai Komuniti.

“Saya rasa sebagai sebuah pasukan saya menghormati kelab ini (United) dan saya pasti lambat laun mereka akan kembali bersaing untuk gelaran Liga Perdana Inggeris.”

Sumber: Berita Harian