WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

MINAMINO SAH SERTAI LIVERPOOL

Pemain antarabangsa Jepun, Takumi Minamino menandatangani kontrak bersama pemenang Liga Juara-Juara, Liverpool, hari ini


Back To Sports Updates

LONDON: Pemain antarabangsa Jepun, Takumi Minamino menandatangani kontrak bersama pemenang Liga Juara-Juara, Liverpool hari ini dengan bayaran dilaporkan bernilai £7.25 juta (RM39.29 juta) dari kelab Austria, Red Bull Salzburg, umum pendahulu Liga Perdana itu.

Penyerang berusia 24 tahun itu – yang menarik minat Liverpool ketika dua perlawanan Liga Juara-Juara peringkat kumpulan bersama kelab Austria itu – dipercayai menandatangani kontrak empat setengah tahun.

“Liverpool Football Club mengesahkan perjanjian sudah dicapai dengan Red Bull Salzburg untuk perpindahan Takumi Minamino,” kata kelab itu di laman sesawang mereka.

Minamino – yang menjaringkan gol ketika tewas 4-3 di tangan Liverpool di Anfield pada Oktober – berkata perpindahan berkenaan memenuhi impiannya.

“Ia menjadi impian saya, impian menjadi pemain Liverpool,” katanya kepada Liverpool.com.

“Saya sangat gembira apabila saat itu menjadi kenyataan.

“Bermain di Liga Perdana adalah satu daripada sasaran saya.”

Sumber: Berita Harian